BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 24 December 2011

PENAT JADI BAIK???...JOM JADI JAHAT...


"Haish"..
apa lagi??mengeluh la ramai2..saya tahu ada ramai yang dah penat jadi baik..
penat sangat kan??sbb bila kita buat baik orang x nampak..
...
so kali ni mr.weird nak menyeru korang semua untuk berbuat JAHAT..
ye..mari kita ramai2 berbuat JAHAT..
kat sini ader beberapa kejahatan berserta cara yang paling jahat yang mmg akan dipandang oleh Allah..

1.merompak..di sini saya menekan kan supaya kita merompak dengan bersungguh2, dimana kita perlu mengaut semua keuntungan yang boleh kita dapat..jom kita rompak rahmat Allah..kita kaut semua rahmat, nikmat yang Allah beri kepada kita..jangan biarkan sikit pon pembaziran berlaku..

2.couple..jangan main2..couple nie bukan kaple yang biasa2 tau..couple nie kne dengan penuh nafsu..
supaya kita dapat sepenuh nikmat couple tuh..kita in relationship dengan Allah..pasti kan kita sentiasa rapat dengan Allah..x kira pagi, petang, or malam..nak tido pon kne rapat ngan Allah..dan yang paling penting on9 dengan Allah lima kali sehari untuk meningkatkan lagi rase kasih sayang tu..khusyuk tau..

3.membunuh..dekat sini da lebih serius..so take notes k..task die susah sikit..bunuh segala nafsu dan godaan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada syaitan yang direjam..INGAT!!jgn sesekali beri peluang kepada syaitan tuk mendapat kesenangan..

4.jadi lah manusia yang menyusahkan..cam pelik pula kejahatan yang ke 4 ni..xper2..task tuk kejahatan yang keempat nie senang sikit..cara dia, mulakan setiap perkara dengan Bismillah ataupon doa..so kat sini kita boleh menjadi seorang yang menyusahkan syaitan..

rasanya 4 pon da cukup kot..banyak2 naty jadi masalah plak..biasa lah..menyeru kepada kejahatan..tp kne ikot ape yang di pandukan di atas..kalau x ikot..x jahat la..selamat mencuba.. ^^

Sunday, 18 December 2011

UJIAN

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang,"wahai khalifah,bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan ?" jawab saidina Ali :"hukuman adalah bila mana kamu diuji oleh ALLAH,kamu makin jauh dari ALLAH..manakala ujian ALLAH pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan ALLAH.."

:: moga apa jua yang ALLAH timpakan ke atasku dan kalian bukanlah satu hukuman tetapi satu ujian..rasailah nikmat halawatul iman..nikmatnya bila diuji dengan hebat..dan natijahnya juga pasti hebat..sabar..redho..doa..dan tawakkal ::

indahnya sabar..ALLAHUAKBAR..SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH!!

Friday, 16 December 2011

OLEY!!

Saksikanlah video ini yg mnrngkn tntng "HUDUD" dgn lbih jls..ringkas dan padat!!

Thursday, 15 December 2011

---ANAK DERHAKA---???

Di sebuah kampung yang diberi nama Kg. Kuali Lebam Sebatang.... tinggallah seorang janda
...
beranak satu...Senah namanya. Anaknya nak kata budak tidak...nak kata tua pun tidak tapi

perangai...masyaalah! ngalah kan setan aprait.... Mereka hidup takler senang...hidupnya

kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.

Nama anak Si senah nie orang panggil Dak Atan... SiAtan nie kurang ajar orangnya....

hobi utama dia lumba motor haram....oleh sebab perangainya tak serupa orang .

maka maknyapun tak kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak dijadikan cerita....

Suatu hari tuh Atan teringinkan sebuah motor...selama nih pun kalau Si Atan teringin

nak ber-racing dia pinjam dari kekawannya...tapi kali nih dia tak berpeluang lagi

disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat dia...maklumlah ganas dan gelojoh

dan rakus sangat. so, dia paksa ler maknya belikan sebuah motor yang canggih!!!

dengan kurang ajarnya Atan berkata " oii! kau!! aku nak motor" .

Dengan lemah maknya jawab " mana aku nak cekau duit Atan oii?

" Atan bengang lalu dengan biadapnya Atan berkata lagi" Aku tak kira orang tua!!!

kalau aku kata aku nak...aku naklah!!! besok aku nak tengok motor tuh dah ada depan

mata aku.. FAHAM????"

maka keesokkan harinya tersedialah motor tuh utk SiAtan...sebulan selepas tuh...

Senah teringin nak minum air teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk teh tu....

Dengan angkuhnya Atan melenting...........

Atan: Apa ??? ko nak aku belikan teh semata2 untuk ko, dengan naik motor aku yg canggih nih?

mana boleh!!! Tak glamour!!!!

Mak: tak pe kalau ko tak nak tolong aku !!

Dengan sedih Senah menahan sabar...Lepas tuh Atanpun blah ngan motornya ((pergi Racing)) ...

Nasib Atan agak malang..dia mati katak dlm kemalangan ketika berlumba ((padan muka)) ...

maka mayatnya pun dikebumikan dengan selamat... semua sanak saudara sedih atas kematian

Atan kecuali emaknya....

Kemudian ketika orang menyiram air mawar di pusara Atan..maknya enggan menyiram pusaranya

ngan air mawar.. tetapi maknya menggunakan air TEH.......lalu... maknya berkata

"kerana teh la anak aku mati..."

Sedang maknya sibuk menyiram...tetiba...kubur Atan merekah..maka semua yang ada

disitu lari lintang pukang ..tak cukup tanah kecuali Senah..(.emaknya) lepas tuh....

atan keluar dari kubur dan bertentang mata dgn maknya..

Lalu dengan tak semena2 mulut Atan bergerak dan berkata dengan lantang.........
"
"
"
"
"
teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!

Wednesday, 14 December 2011

APAKAH HUKUM "SMS" DENGAN BUKAN MAHRAM???

Maka jawabnya yang jelas haram yang tidak boleh ialah bermesej perkara2 yang berkaitan syawat atau perkara yang membawa keseronokan nafsu dan seumpamanya. Yang jelas dibolehkan ialah perkara yang penting seperti jual beli atau sebagainya tetapi ada perkara yang tidak penting tetapi dibolehkan juga seperti bertanya nama ayah atau sebagainya, tidak jatuh hukum haram, yang jelas haram ialah perkara yang berkaitan syawat dan nafsu.


Biasanya perkara2 yang tidak penting ini ulama’2 mengatakan hukumnya makruh sahaja, nak kata haram tidak juga. Yang terbaik ringkaskan perkara2 yang penting sahaja untuk mengelakkan berlakunya zina hati atau seumpamanya...
Ingatlah Wahai Sahabatku....

**WANITA...PELIHARALAH...AURATMU**

sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja balasannya 70 000 tahun dalam neraka.sehari akhirat sama dgan 1000 tahun di dunia.
seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki:
  1.   ayah kandung
  2.   adik beradik lelaki
  3.   suami
  4.   anak lelaki kandung
sangat dahsyat hukuman Allah mengenai tuntutan menutup aurat.
*kpada kaum wanita, bantulah suami/ayah/abangmu dari azab neraka Allah yg amat dahsyat.*

CINTA....???


Memiliki cinta dr manusia lebih sukar drpd memiliki cinta dr Allah..mengapa kita sibuk memikat cinta yg sukar dan belum pasti dimiliki...

...:KEHIDUPAN MANUSIA:...

"Manusia seperti sebuah BUKU. Cover depan adalah tarikh lahir, Cover belakang adalah tarikh kematian. Tiap lembar, adalah tiap hari dalam hidup kita & apa yang kita lakukan...
Sekali tertulis, tidak akan boleh di 'EDIT' lagi. Tapi seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih, baru & tiada cacat...
Sama dengan hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH selalu menyediakan hari yang baru untuk kita. Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap hari..."