BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 23 May 2014

HAPPY TEACHER'S DAY !!

"Kenapa kita mesti hormati guru, ayah?"
Tanya anak lelakinya yang baru memasuki alam sekolah menengah. Ayahnya terdiam seketika sambil membetulkan ekzos motosikal EX5 miliknya.
"Kalau kamu pergi hospital, kamu akan jumpa dengan doktor. Doktor kerjanya merawat pesakit. Katalah seseorang tu kena penyakit appendix peringkat kritikal, doktor akan syorkan untuk bedah dan buang ketulan yang berpenyakit tu. Kalau tak buang, orang tu mungkin akan kehilangan nyawa.

Bayangkan, bila doktor syorkan bedah tu, pesakit tu tiba-tiba berang dan terajang doktor tu dengan tendangan tanpa bayang hikmat alam perwira sampai koma doktor tu.
Patut ke dia buat macam tu dekat orang yang nak selamatkan nyawanya?"
Ayahnya bertanya si anak sambil membetulkan spoket pula.
"Tak patut. Jahat gila lah kalau buat macam tu. Patut dia berterima kasih la pada doktor tu sebab nak tolong dia. Ish. Tak patut."
Anaknya menjentik-jentik tiang rumah sebanyak empat belas kali tanda tak puas hati dengan tindakan pesakit.
"Sekarang, kau dah faham kenapa kena hormati guru? Apatah lagi tumbuk terajang guru."
Si ayah terasa bangga sendiri tiba-tiba dapat buat anaknya sedar dengan jawapan yang begitu kelass sekali.
"Apa ni. Tadi cakap doktor dengan pesakit. Apa kaitan dengan guru plak?"
Anaknya bercekak pinggang tak faham.
PELEKUNG!
"Sekarang kau faham?" Ayahnya selesai mengetuk kepala anaknya dengan ekzos.
"Faham, faham. Sekarang saya faham dengan jelas tanpa kompromi lagi. Lepas ni, saya percaya saya dapat jadi pelajar cemerlang berkat pelajaran hari ni. Insya-Allah."

Wednesday, 26 March 2014

RENUNGAN

Kisah MH370 dah tamat.
"Kepada yang terlibat. Teruskan hidup, kamu mesti kuat."

Kisah perjuangan Ikhwanul Muslimin 529 baru bermula. 
Bazooka doa bertubi-tubi kepada Tuhan kita.
Andai tidak berjawab di dunia,
Itu bermakna memang Allah nak bagi Syurga kepada mereka.
Sebagaimana puluhan ribu Syuhada'
Di Palestine, Rohingya jua Syria.

Mahkamah manusia memang dah gila.
Demokrasi pun bukan boleh percaya.

Benarlah Allah seadil-adil Pembela.

Mereka tidak rugi apa-apa.
Kita lah yang celaka andai terus alpa.
Masih seronok berbuat dosa.
Seolah tak wujud istilah 'balik ke sana'.

Tragedi-tragedi yang terjadi,
Kisah untuk insafi diri.

Jangan takut dunia hampir kiamat.
Takutlah diri tu belum bertaubat.

* Mesir *

MEREKA BAHAGIA... SYURGA MENANTI...

PRAY FOR PEJUANG2 ISLAM YANG SYAHID.
PRAY FOR MH370.

ALLAHUAKBAR.........!!








Dr. Sofwat Hijazi (kiri sekali) antara 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang dikenakan hukuman mati. As syeikh Dr Sofwat Hijazi antara ulama dan pejuang yg kerap disebut namanya oleh Dr Sheikh Yusuf Al-Qardawi.

Senyuman dibibir mereka.... Allahuakbar...... 

Allahuakbar!! Pray for them & MH370!!





# 24 / 03 / 2014 #

Sebenarnya...on the same date 24032014, Kita menerima 2 berita sedih... 

MH370 berakhir di lautan hindi.
IM529 berakhir di tali gantung

MH370 mungkin mengorbankan 227 penumpang
IM529 akn mengorbankan 529 sbg syuhada'

MH370 mendpt perhatian dunia
IM529 tidak mendpt perhatian dunia

MH370 tidak diketahui motif ke lautan hindi
IM529 bermotif zalim ke tali gantung

MH370 diketuai oleh pilot yg hebat kapten Zaharie..
IM529 diketuai oleh mujahid ulung al mursyidul am Ikhwan Muslimin Dr Badi'....

Takziah...

Saturday, 1 February 2014

AyAh ~

Bila seorang ayah mulai minta maaf pada anaknya sendiri, maka sedarilah bahawa ayah sudah tidak lama lagi mampu berada di sisi...


- klik pd gmbar utk bace -


SAYANGILAH AYAH & IBU