
Jabir berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “يوم الجمعة اثنتا عشرة ساعة لا يوجد فيها عبد مسلم يسأل الله شيئا إلا آتاه إياه فالتمسوها آخر ساعة بعد العصر - pada hari Jum’at terdapat dua belas jam, padanya terdapat satu jam di mana tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memaqbulkan doa itu. Berusahalah mencari waktu tersebut selepas `Asar” (Sahih, dikeluarkan oleh al-Nasa’i dalam kitab Sahihnya al-Mujtaba’ tanpa komentar (1389)).
Juga berkata Imam al-Tirmizi: “ورأى بعض أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وغيرهم أن الساعة التي ترجى فيها بعد العصر إلى أن تغرب الشمس – dan telah berpendapat sebahagian ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi SAW dan selain mereka bahawa sesungguhnya waktu yang dimaksudkan untuk dimaqbulkan doa - pada hari Jum'at - itu ialah selepas `Asar sehingga terbenam Matahari” (al-Jami’ al-Mukhtasar (2/360) – komentar pada hadith no. 498) ~ Fathi Al-Sakandary ~
0 comments:
Post a Comment